Rabu, 1 Mei 2013

Assalamualaikum....

Hurmmm ... dah agak lama tidak menjenguk ke blog ini. Masa dan kesibukan dengan kerja membataskan peluang untuk AL menjenguk blog AL ini.  Kebetulan hari ni cuti... jadi sambil berehat AL jenguklah sekejap ke sini.. Cuti2 ni rasa bosan pulak ....

Bila sesekali membuka blog... terasa pulak nak berkongsi cerita...
Semalam AL meeting pengurusan ..dari 2.30 petang hingga 6.00 petang. Perghhhh lama betul.. banyak isu
yang disentuh. Dalam banyak2 isu tu AL tertarik dengan isu Pelajar tidak berpuas hati dengan cara guru mengajar. Kononya tidak faham dengan apa yang cikgu ajar. Cikgu seolah-olah tidak pandai mengajar dan sebagainya. Hebat pelajar-pelajar sekarang. Tak puas hati dengan guru mengadu kat pengetua. Kalau zaman AL belajar dulu nak masuk bilik pengetua pun takut. Apatah lagi nak mengadu yang bukan-bukan pasal cikgu. Buruk macam mana pun cikgu tu, tak pandai macam mana pun dia mengajar, dia tetap cikgu kita. Kita kena hormat pada cikgu....

Tapi pelajar-pelajar sekarang.... hurmmm...sangat berani. Apatah lagi pelajar-pelajar kat sekolah AL ni...semua pelajar terpilih. Pintar dan bijak.
Menjadi guru di zaman sekarang sangat mencabar kredibiliti dan kewibawaan, tambah-tambah bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang merasakan dirinya bagus.

AL tak nak komen pasal itu, Cuma inilah realiti yang berlaku di tempat AL mengajar sekarang. Dah hampir 11 tahun AL mengajar... terasa tercabar jugaklah bila pelajar asyik menyalahkan cikgu..... Cikgu juga manusia biasa ... punyai kekurangan dan kelemahan... janganlah kerana sedikit kesilapan cikgu terus menghukum dengan macam-macam tuduhan.
AL pasti semua cikgu inginkan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya...
Buat rakan-rakan guru AL bersabarlah.... sememangnya tugas mendidik bukanlah mudah, tambah-tambah bila kita berhadapan dengan pelajar-pelajar berkelas A. Kuatkan semangat dan jangan putus asa. Teruskan usah.