Selasa, 2 Oktober 2012

Cerita-ceriti

Hari ni abe long MC... rasa x larat betol nk ke sekolah... lepak jelah kat umah... pagi abe long kuar makan kat warung yang selalu abe long makan semasa mengajar kat SEMESRA dulu.... makan sorang-sorang...
Kebetulan ada kawan sekolah lama kuar makan kat situ, so adalah teman.... bercerita lebih kurang sambil makan, hilang sikit kebosanan dan keboringan. Balik singgah klinik ambik ubat [ no dua] dan MC [ yang pentingnya] .... balik lepak kat umah... layan FB [ tu je la kerja abe long ] bila lah nk insaf ni...hihihihi

Tapi bukan abe long nk cerita pasal abe long MC hari ni.... tapi nak cerita pasal lain... yang tak de kena mengena dengan MC abe long...

Nak cerita pasal kehidupan kita kat atas dunia ni... Allah anugerahkan kita akal pikiran... untuk berfikir mana yang baik , mana yg buruk... mengapa kita gagal menggunakan akal itu dgn sebaiknya.
Kehidupan kita atas dunia hanyalah sementara, ibarat suatu persinggahan ...mencari bekal untuk perjalanan yang jauh...
Banyak mana bekal yg telah kita kumpul, kalau setiap hari hanya kemungkaran yg sering kita buat... renung2 kanlah !
abe long tidak mengata orang lain.... ini lebih kepada diri abe long sendiri... dalam usia yang dah mencecah 40... masih lagi mengejar keduniaan, masih lagi mencari keseronokan... banyak mana bekal yg abe long ada...? Sepatutnya dalam usia sebegini abe long makin memperlahankan langkah mencari keseronokan dunia, tapi sebaliknya... semakin rancak pula abe long ni.... (insaf sekejap)
 Sesekali terfikir jugak, sampai bila abe long nak macam ni... masa tidak menunggu kita... masa sentiasa kehadapan... meninggalkan kita dalam kealphaan.... mari kita renung dan fikir bersama