Ahad, 30 September 2012

Assalamualaikum...

Dah lama abe long x menjenguk blog kesayangan abe long ni.... kesibukan dgn kerja membuatkan abe long terlupa sekejap pasal blog ...

Hari ni free sedikit, dapatlah abe long menjenguk sekejap blog ni.... hurmmm apa yer nk di kongsikan...
Jumaat lepas pembentangan Bajet 2013... alhamdulillah, sebagai kakitangan kerajaan abe long sangat bersyukur kerana akan mendapat bonus hujung tahun ni... kata orang "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Abe long yakin, kawan-kawan abe long juga tersenyum lebar mendengar perkhabaran itu... dan mungkin ada yg sudah merancang dengan bonus yg akan dapat nanti. Apa pun rancangan anda, berhemahlah ketika berbelanja... ikut keperluan bukan ikut keinginan.

Bercakap pasal berbelanja ni, abe long sendiri kadang2 terbabas jgk... biasalah manusia.. bila nafsu mengatasi akal semuanya boleh terjadi tanpa kita sedar.

So kepada kawan-kawan abe long di luar sana, hati2... dan sentiasalah berjimat cermat kerana kita tidak tahu apa akan berlaku kemudian hari.

Sekian dulu dari abe long kali ini... jumpe lagi !